Sunday, 28 August 2011

Perutusan Raya Oleh Presiden

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia kepada semua ahli,

Saudara/Saudari yang dihormati sekalian,

Bersyukur kerana kita sama-sama akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi. Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi ucapan kepada semua ahli kesatuan sekerja non-executive di negeri Sarawak mahupun semua warga kerja Agrobank yang amat saya hormati.

Kita harus berterima kasih kepada pengurusan bank kerana telah memberi bonus pada bulan 19hb Ogos 2011 dan ia merupakan insentif khas yang amat bermakna menjelang sambutan hari raya ini. Oleh itu, kita mesti tunjukkan kesungguhan dan semangat kerja dengan memberi sumbangan yang diperakui agar peningkatan yang significant boleh dibuktikan serta menyakinkan majikan, maka pihak majikan mungkin akan mempertimbangkan pemberian bonus lebih berbanding tahun sebelum. Sebagai balasan kita kepada pihak majikan, kita seharusnya berusaha lebih gigih dan memberi sumbangan ikhlas kepada bank kita secara optimum. Saya percaya dengan pemberian bonus dan pelarasan kenaikan gaji ini telah memberi motivasi yang jelas kepada kita untuk teruskan usaha.

Kejayaan sesebuah organisasi terdiri daripada pekerjanya yang berdisiplin dan berpengetahuan. Daya ketahanan diri dan disiplin merupakan sebahagian daripada kunci keutamaan dalam pembentukan diri ini dan seimbang baik dari segi fizikal mahupun spiritual. Dalam konteks ini, bulan Ramadhan merupakan medium yang amat sesuai bagi melatih diri lebih berdisiplin dan meningkatan daya ketahanan diri. Penghayatan ini harus diterap dan menjadi amalan ketika berkhidmat di bawah organisasi ini. Budaya positif organisasi harus dipupuk secara berterusan serta diaplikasikan dalam kehidupan warga kerja bank yang berbilang kaum, agar perpaduan dan bertamadun dapat diwujudkan demi kepentingan bersama untuk merealisasikan hasrat bank supaya turut berdaya saing dalam industri perbankan.

Kerjasama yang erat antara pekerja dan majikan amatlah penting bagi mewujudkan suasana kehamornian kerja. Saya percaya kejujuran dan rundingan terbuka antara dua pihak boleh membuka satu ruangan bagi penyelesaian sesuatu isu dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Konflik di dalam pejabat tidak harus berlaku dan kita memerlukan persefahaman sesama daripada kumpulan atasan ke bawahan. Ini adalah bertujuan untuk mengelak dan mengawal konflik ke satu tahap tertentu jika ada. Semangat berpasukan dan bersatu hati antara elemen yang menentukan kekukuhan sebuah organisani. Diharap kesatuan sekerja boleh berperanan sebagai saluran penyampai maklumat pekerja dengan harapan pihak majikan boleh menerimanya untuk perhatian demi menjaga hubungan interpersonal. Sifat toleransi atau bertolak ansur sesama kita sangat penting dalam menjaga hubungan bersama.

Agrobank, sebagai sebuah organisasi yang masih muda usianya setelah dikorporatkan pada 01 April 2008 dari segi pembangunan tenaga kerja masih perlu ditekankan dalam program transfomasi bank. Program latihan dan suntikan ilmu pengetahuan kepada pekerja adalah penting perlu dianjurkan di samping On-The-Job Traning dari masa ke semasa yang dikendali oleh pegawai atasan harus diikuti. Selain itu, kita juga harus tingkatkan ilmu pengetahuan serta berfikiran terbuka dalam memajukan diri supaya lebih bersedia dan bekeyakinan menghadapi segala cabaran kerja.

Kita akui bahawa semua kita ada kelemahan dan mungkin tidak akan perfect dalam semua aspek sungguh pun ada kalanya kita beranggapan bahawa diri sendiri telah cemerlang untuk sesuatu pencapaian namun pendekatan falsafah “KAIZEN” yang digunakan oleh masyarakat Jepun adalah contoh yang baik untuk kita ikuti. Ringkasan maknanya Kaizen ialah berubah (Kai) untuk kebaikan (Zen), tiada apa yang boleh kita anggap ia telah memadai atau terbaik dan apa-apa hasil mahupun pencapaian masih boleh diperbaiki secara beterusan. Kita tidak seharusnya berpuas hati dengan apa yang telah dicapai sebaliknya sentiasa mencari ilham untuk menambahbaikan yang sedia ada.

Kemahiran pengurusan masa peribadi sangat penting dan boleh mempengaruhi hasil kerja. Kecekapan menguruskan masa akan dapat memenuhi sasaran kerja yang diharapkan lantaran memberi tahap pencapai yang lebih tinggi seperti yang kerap disarankan oleh kehendak majikan.

Semangat 1Malaysia haruslah dihayati secara menyeluruh dalam kita menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa Agrobank adalah untuk semua tanpa mengira kumpulan atau golongan masyarakat dengan tidak memilih siapa pelanggan. Kita perlu melihat kepada setiap pengunjungan pelanggan ke Agrobank adalah peluang, boleh menjadi harapan dan sasaran pemasaran produk bank. Di samping itu, berusaha untuk menyebarkan segala maklumat perkhidmatan dan produk bank secara sihat kepada orang ramai. Standard People Practice jangan dilupakan dan perlu diamalkan dalam tugasan harian kita terutamanya berhadapan dengan pelanggan.

Dalam suasana kemeriahan dan kegembiraan kita menyambut Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, diharap kita sekalian dapat menyelesaikan urusan kerja yang penting agar tidak tertangguh apabila bercuti panjang nanti. Berjagalah harta milik kita/bank dengan memastikan segalanya dalam keadaan yang selamat.

Akhir kata, “Selamat Menyambut Hari Raya Puasa” kepada semua yang beragama Islam dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54.
Sekian, terima kasih.

BONG SIN KIONG



Saturday, 23 July 2011

Kenapa Perlu Kesatuan

Kenapa Perlu Kesatuan?
Penubuhan kesatuan sekerja mempunyai beberapa tujuan yang membela peluang dan nasib pekerja melalui perundingan atau perjanjian kolektif di mana kesatuan yang ditubuhkan hendaklah diperakui di  bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 di samping merujuk kepada Akta Perhubungan Industri 1967.

Kadar upah yang lebih baik
Kesatuan akan menuntut kadar upah yang lebih baik dan setimpal dengan kerja yang dilakukan demi meningkatkan kualiti hidup dan menghadapi inflasi. Upah yang sepatutnya diterima oleh para pekerja mestilah bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa.

Kondisi, kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang lebih baik
Faedah kebajikan pekerja seperti cuti, rawatan perubatan serta penyelarasan waktu kerja, kerja lebih masa, faedah persaraan dan sebagainya yang lebih baik akan dirunding oleh Kesatuan.

Jaminan pekerjaan yang lebih baik untuk masa depan pekerja mahupun keluarga
Status pekerjaan anda lebih terjamin dengan adanya Perjanjian Bersama (Collective Agreement - CA) oleh Kesatuan dan Majikan. Dengan adanya CA ini, maka dalam sepanjang tempoh (3 tahun) kuatkuasa CA hak-hak ahlinya adalah selamat dan terjamin berlandaskan terma dan syarat dalam CA tersebut.

 
Menghapuskan dasar diskriminasi
Majikan telah mewujudkan pelbagai diskriminasi dan pilih kasih antara pekerja. Diskriminasi antara pekerja tetap dan pekerja kontrak, pilih kasih di antara kaum atau jantina dan sebagainya adalah lumrah dalam suasana pekerjaan sekarang. Kerja yang sama sepatutnya mendapat upah dan faedah yang sama! Dan semua perlu diberi peluang tidak kira jantina, kaum atau sebagainya
!


Mendapatkan pendidikan, khidmat nasihat dan guaman Kesatuan
Kesatuan akan memberikan pendidikan dan khidmat nasihat berkenaan dengan hak pekerja dan bantuan guaman kepada ahli sekiranya berlakunya pemecatan kerja yang tidak adil atau masalah-masalah dalam pekerjaan.
Penyampai Suara Pekerja
Kesatuan berperanan bertindak sebagai orang tengah bagi menyampaikan hastrat dan suara pekerja-pekerja kepada majikan. Ia adalah salah satu saluran aduan kepada pekerja-pekerja.